Sering kali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon- hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
Islam menghormati setiap kelahiran manusia samaada hidup atau mati. Penanaman uri bayi adalah harus dan perlu di tanam di tempat yang selamat.
Ada setengah orang tu basuh uri pun dia tak sanggup, inikan pula nak tanam elok2. Bungkus ngan kain putih dan taruk paku. Tanam pulak bawah pokok tepi parit. Masa korek tanah dan tanam tu sambil baca selawat dan surah2 tertentu. taruk lampu supaya binatang tak korek. Semua cebisan tali pusat budak2 tu pun masih ada dalam simpanan.
Tanam uri ni berdasarkan pengalaman saya, org yg tanam uri mesti letak sekali dlm pot tu letak ayat 'Bismillah', jarum dan benang, pensil bior besor nanti pandai menjahit dan pandai dlm ilmu. Biasanye nak tanam bungkus ngan kain putih dlm pot (periuk tanah) wallahua'lam.
Masalah uri tidak dibahaskan dalam mana-mana kitab feqah. Ia adalah isu orang Melayu sahaja urutan dari kepercayaan lama yang meliputi adat melenggang perut pada bulan ketujuh dan menempah bidan seterusnya kepada adat menanam uri. Kebanyakan urusan bersalin hari ini adalah di hospital dan generasi baru semakin melupakan adat-adat tersebut. Uri adalah najis dan hendaklah di tanam sebaik sahaja diserahkan oleh bidan
tanpa melakukan sebarang amalan sampingan kerana tidak ada keterangan dari al Quran mahu pun as Sunnah menyuruh berbuat demikian.
Rujukan: Ustaz Ismail Awang, Adat Orang Melayu yang bertentangan dengan Islam,
Kota Bharu: Pustaka Aman
Press, 1996
thtl for al_ahkam online
Mengenai tembuni (Uri), apa yg orang tua pesan kat saya,ianya merupakan kembar pada bayi itu.Jadi kita kena urus dengan baik.Cara utk menguruskannya,
1-cuci hingga bersih,guna sabun atau kapur atau kalau nak hilangkan baunya,gunakan limau nipis/kasturi.
2-kemudian balut/bungkus dia dengan kain putih.
3-sebelum bungkus,orang tua kata,letakkan 4 benda,iaitu garam,asam jawa,jarum dan duit syiling/sen.katanya mudah-mudahan budak ni nanti jangan kurang asam,maka di letak asam jawa,tajam akalnya dan jimat orangnya.ini petua.wallualam.
4-lepas 4 benda ni di letak,barulah dibalut dan siap untuk ditanam.semasa membawa tembuni ke tempat untuk di tanam,bawa dengan hormat,didukung,maksudnya jangan bawa macam kita bawa sampah.ini katanya mudah-mudahan nanti budak ni pandai jaga orang tua.
5-lubang yang digali biarlah dalam,lebih kurang 1 kaki. Orang tua saya selalu tanam di bawah rumah,manakala mertua saya kata tanam di bawah pokok pisang,supaya sejuk.wallualam.
6-akhir sekali,sebelum ditanam,kita bacakan dia dengan 7 kali ayat kursi dan 7 kali al-ikhlas.wallualam.
Mungkin ada orang-orang atau ustaz-ustaz yg lebih arif dlm hal ni, bolehlah kita kongsi bersama.
sekian.wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


salam..
BalasPadamberkaitan tanam uri.. rasanya memang perlu. coz sebahagian dari badan.sebab tu pas bersalin, nurse akan bg uri pada kita. bermakna benda tu penting. tapi.. ada ramai jugak yang tak tahu uri perlu ditanam. atas sebab itu, saya telah mengeluarkan 1 produk set untuk tanam uri baby. selain sumber pendapatan, juga untuk memberi kesedaran tentang perlunya uri ditanam. set mengandungi bahan2 utk basuh dan tanam uri. terpulang kepada masing2 bagaimana untuk menguruskannya..thanks owner.. sekadar berkongsi maklumat…
Ada yang tanam uri ditanam sekali dengan ayat yasin.. macam mana pula tu?
BalasPadam