Jumaat, 30 Januari 2009

Petua

Simpan lah mana tau kot leh pakai suatu ari nanti !!!

Atasi Senggugut - Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami
masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih
sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada
hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan
gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam).
InsyaAllah senggugut akan hilang.


Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini
akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Cegah Ulat - Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada
pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan
campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca.
Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas
bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari,
cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih
bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada
kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang
ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Gatal pada kulit - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang,
cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil
kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian
sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Hilangkan Daki dan Bau Badan - Kita sering menghadapi masalah daki dan bau
badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu
batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas
dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan.
Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Hilangkan Parut - Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh
menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu
pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan - Jika anda terasa lenguh-lenguh badan,
mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan
ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati
badan anda beransur segar.

Hilangkan Nafas Berbau - Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi
masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah
dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan
melihat perubahannya.

Menghilangkan Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit
tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi.
Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Menghilangkan Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada
tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil
beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa
ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Membuang Lemak Badan - Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah,
cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan
tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini
tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam,
selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak
yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat
dicapai. Selamat mencuba.

Melangsingkan Tubuh - Masalah berat badan, sering menggangu fikiran
wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan
mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya.
Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan
minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Kulit Muka Kembali Bermaya - Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah
airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu
ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang
15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit
tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan
memiliki kulit wajah cantik bermaya.

Mewangikan Rambut - Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang
ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci
sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

Mengurang Bau Petai - Best kalau makan petai untuk dibuat ulam...tapi
baunya sapa yg tak tahan...jadi sini ada petua hendak hilangkan bau
petai....Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..biarkan
selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.Senangkan??Selamat
mencuba

Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria - Hiris buah peria mengikut keperluan
masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam
kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut
beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang
telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan

Sakit Gigi - Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga
cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan
isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit
beransur kurang

Sembuhkan Kencing Manis - Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari
tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu
dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan
minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing
manis yang anda alami selama ini.

Sembuhkan Bengkak Hati - Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati
dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan
sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan